Sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth meriah
2 posters
Page 1 of 1
Sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth meriah
RATU Elizabeth bertemu dengan Stevie Wonder di belakang pentas selepas konsert, semalam.
LONDON: Ratu Elizabeth II menghadiri hari terakhir sambutan Jubli Intan untuknya semalam, tetapi tanpa ditemani suaminya, Putera Philip selepas dia dimasukkan ke hospital.
Pemimpin politik, duta asing dan keluarga diraja menyertai ratu untuk upacara keagamaan di gereja St Paul sejurus sebelum perarakan kereta kuda pada keraian hari keempat menandakan 60 tahun dia memegang tampuk pemerintahan. Namun, Philip, 90 yang dibawa ke hospital akibat jangkitan pundi kencing beberapa jam sebelum konsert pop kelmarin di luar Istana Buckingham tidak hadir di sisinya di gereja itu.
Philip, pendamping ratu yang paling lama dalam sejarah Britain akan berada di hospital selama beberapa hari, kata pihak istana. Beribu-ribu pengunjung berbaris di jalan raya bersorak sebaik ratu yang memakai baju sutera hijau keputihan yang bertatahkan taburan kristal dan topi berpadanan melambaikan tangan sebaik dia dipandu ke gereja dengan kereta Bentley. “Sungguh rugi Putera Philip tiada hari ini kerana dia selalu ada di samping ratu,” kata jurusolek artis, Judith Chen, yang mengenakan pakaian bendera Union Jack ketika dia menunggu di luar gereja St Paul untuk melihat kelibat ratu.
PERTUNJUKAN bunga api ketika konsert sempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Ratu, semalam.
Ketua biskop Canterbury, Rowan Williams dan pemimpin dunia Kristian, memberi penghormatan kepada Philip begitu juga dengan keluarga diraja dalam ucapannya.
“Dalam semua pembabitannya kepada rakyat, ratu telah menunjukkan kualiti kebahagiaan dan kegembiraan kepada orang lain,” katanya sambil menambah perkara sama turut dilakukan Philip. “Kalungan doa dan ingatan kami buat Putera Philip pagi ini,” katanya.
Anak lelaki ratu dan pewarisnya, Putera Charles dan isteri, demikian juga dengan cucunya Putera William dan Harry, antara keluarga diraja yang menghadiri upacara di gereja bersejarah itu.
Isteri William, Catherine memakai baju berenda yang direka Alexander McQueen dan topi pula rekaan Jane Taylor.
Dengan Philip di hospital, ratu akan disertai oleh Charels dan isterinya Camilla dalam perarakan dari Westminster ke Istana Buckingham.
Anggota keluarga akan berada di balkoni Istana Buckingham untuk menyaksikan pertunjukan udara tentera udara diraja sebelum ratu menyampaikan ucapan terima kasih yang di siarkan di televisyen.
Ratu bertegas untuk menghadiri konsert kelmarin di depan istana - yang memaparkan bintang termasuk Paul McCartney, Elton John dan Stevie Wonder yang ditonton oleh ratusan ribu pengunjung walaupun kesihatan suaminya kurang baik. - DM
Jiwa Spammer- Osem Member
- Posts : 247
Treasure : 288
Reputation : 9
Join date : 31/05/2012
Location : Bumi Tuhan
Re: Sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth meriah
maintain je Queen Elizabeth nie
Mavis Vermillion- Moderator
- Posts : 235
Treasure : 293
Reputation : 48
Join date : 03/06/2012
Location : Kuala Lumpur
Re: Sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth meriah
Jubli intan tuu
Jiwa Spammer- Osem Member
- Posts : 247
Treasure : 288
Reputation : 9
Join date : 31/05/2012
Location : Bumi Tuhan
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Mon Jul 25, 2016 10:46 am by bayu_inzaghi
» Trumbo (2015)
Fri Jul 15, 2016 7:12 am by bayu_inzaghi
» Solace (2015)
Thu Jul 14, 2016 10:36 am by bayu_inzaghi
» Courage (2015)
Tue Jul 12, 2016 7:50 pm by bayu_inzaghi
» Ronaldo (2015)
Mon Jul 11, 2016 7:22 am by bayu_inzaghi
» The Witch (2015)
Sat Jul 09, 2016 10:20 pm by bayu_inzaghi
» Jeruzalem (2015)
Sat Jul 09, 2016 12:37 am by bayu_inzaghi
» Intruders (2015)
Fri Jul 08, 2016 12:40 am by bayu_inzaghi
» Moonwalkers (2015)
Thu Jul 07, 2016 11:03 am by bayu_inzaghi