Osem.forumms.net
Selamat datang ke
Osem Forum Komuniti!

Sila klik Login untuk masuk atau
klik Register untuk pendaftaran baru.


Join the forum, it's quick and easy

Osem.forumms.net
Selamat datang ke
Osem Forum Komuniti!

Sila klik Login untuk masuk atau
klik Register untuk pendaftaran baru.
Osem.forumms.net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Latest topics
» New Release (Daily Update)
Budak Dikurung Kena Rogol EmptyMon Jul 25, 2016 10:46 am by bayu_inzaghi

» Trumbo (2015)
Budak Dikurung Kena Rogol EmptyFri Jul 15, 2016 7:12 am by bayu_inzaghi

» Solace (2015)
Budak Dikurung Kena Rogol EmptyThu Jul 14, 2016 10:36 am by bayu_inzaghi

» Courage (2015)
Budak Dikurung Kena Rogol EmptyTue Jul 12, 2016 7:50 pm by bayu_inzaghi

» Ronaldo (2015)
Budak Dikurung Kena Rogol EmptyMon Jul 11, 2016 7:22 am by bayu_inzaghi

» The Witch (2015)
Budak Dikurung Kena Rogol EmptySat Jul 09, 2016 10:20 pm by bayu_inzaghi

» Jeruzalem (2015)
Budak Dikurung Kena Rogol EmptySat Jul 09, 2016 12:37 am by bayu_inzaghi

» Intruders (2015)
Budak Dikurung Kena Rogol EmptyFri Jul 08, 2016 12:40 am by bayu_inzaghi

» Moonwalkers (2015)
Budak Dikurung Kena Rogol EmptyThu Jul 07, 2016 11:03 am by bayu_inzaghi

May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Calendar Calendar


Budak Dikurung Kena Rogol

Go down

Budak Dikurung Kena Rogol Empty Budak Dikurung Kena Rogol

Post by Jiwa Spammer Mon Jun 11, 2012 6:13 am

KUALA LUMPUR: Seorang murid perempuan Tahun Enam, menempuh detik hitam apabila dikurung sekumpulan individu di sebuah rumah selama dua hari sebelum dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri, selepas diberi sejenis minuman di Lembah Jaya Selatan, Ampang, kelmarin.

Mangsa yang tinggal di Bandar Tun Razak, di sini dikatakan mengikut rakan lelaki berusia 20-an yang baru dikenalinya pada Khamis lalu, sebelum dibawa bertemu rakan perempuan temannya itu yang menggelarkan diri sebagai ‘Mummy’.

Sebaik dipertemukan dengan ‘Mummy’, mangsa dikatakan dibawa ke sebuah rumah di kawasan Ampang dan turut diperkenalkan kepada dua wanita dan dua lelaki yang berada dalam rumah berkenaan sebelum ditempatkan di sebuah bilik.

Murid berkenaan dikatakan diberi sejenis minuman oleh ‘Mummy’ untuk menghilangkan dahaga sebelum tidak sedarkan diri selama dua hari.

Sumber polis berkata, mangsa hanya sedarkan diri selepas dikejutkan sekumpulan individu berkenaan yang memintanya bangun untuk mandi kira-kira jam 8.30 malam kelmarin iaitu dua hari selepas tidak sedarkan diri.

Katanya, mangsa yang tidak mengingati apa yang menimpa dirinya itu bergegas ke bilik air sebelum terkejut melihat beberapa kesan gigitan di bahagian leher, selain rasa sakit di bahagian kemaluan dipercayai dirogol ketika dia tidak sedarkan diri.

“Sebaik selesai mandi, enam individu termasuk rakan lelakinya itu sedang bersiap untuk keluar rumah dengan alasan mahu membeli makanan dan meminta mangsa menunggunya di rumah.
“Individu berkenaan juga sempat menyerahkan telefon bimbit mangsa sebelum keluar bersama beg galas dan komputer riba,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, sebaik sekumpulan individu berkenaan keluar, mangsa bergegas menghubungi ahli keluarganya meminta bantuan mengambilnya di rumah berkenaan, namun gagal kerana telefonnya kehabisan bateri sebelum nekad melarikan diri.

“Mangsa kemudian menggunakan telefon awam menghubungi ibu bapanya supaya mengambilnya di lokasi kejadian dan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Cheras,” katanya sambil menambah kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Jiwa Spammer
Jiwa Spammer
Osem Member
Osem Member

Posts : 247
Treasure : 288
Reputation : 9
Join date : 31/05/2012
Location : Bumi Tuhan

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum