Tips Kesihatan Untuk Yang Malas Bersenam
2 posters
Osem.forumms.net :: Tips :: Kesihatan
Page 1 of 1
Tips Kesihatan Untuk Yang Malas Bersenam
Boleh ke? Macam mana ek? Saya sangat–sangat lah nak exercise, tapi tak ada masa nak buat. Tapi saya nak hidup sihat.. hidup gaya sihat..
Caranya senang jek.. jalan kaki aka walking!!!
Pernah dengar kempen 10,000 langkah sehari? kat Nuffnang pun ada kuar Januari lepas. Agak-agak korang boleh buat tak?
What?? 10,000 ? sehari?? boleh ke? Ergghhhh…
Korang tengok ni…
Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 350 Kalori
Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori = Sama dengan sekeping roti canai tu..
Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
10,000 Langkah = 7 hingga 8 km
10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit
Ha.. dengan jalan kaki jek pun.. tak susah pun kan? Wink!
KENAPA KITA KENA JALAN KAKI?
Jawapan yang simple jek ni.. Exercise yang tak payah modal.. free of charge!..gratis!!.. kira exercise tahap paling habis malas lah ni.. hehe..
Selain memberi pilihan kepada orang yang tiada masa nak bersenam (ehem.. ehem.. tidak ada masa ye.. bukan malas), ia membantu badan kita membuat sedikit preventive maintenance. (ermm.. kereta pun nak kena fine tuned enjin dia kan..)
Dapat mencegah risiko darah tinggi dan strok ini disebabkan tekanan darah menjadi lebih terkawal bila kita menapak.
Mengurangkan risiko sakit diabetes. Ini kerana bila kita berjalan keupayaan badan untuk memproses gula akan meningkat dengan lebih baik seterusnya akan membantu melancarkan aliran darah.
Mengurangkan risiko sakit jantung, sebab masa kita berjalan kalori yang terbakar dapat merendahkan paras kolesterol.
Dapat mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan yang slim, berketak dan menarik. ( ni yang aku suka ni.. aku rasa abang ketaq pun suka ni.. ahaksss.. )
Dapat mengurangkan stress. Ini kerana bila kita berjalan ia dapat merangsang penghasilan hormon endorphin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat. Selain sambil berjalan mencuci mata pun membantu menghilangkan stress jugak.
Otot badan dan tulang menjadi lebih kuat dan ini mengurangkan risiko osteoporosis. Tahu osteoporosis? Bukan fotosentesis yek! Osteoporosis ialah satu kondisi dimana tulang menjadi reput. Macam Ali Baba berkata kepada isterinya.. “Kanda ni bukan malas.. cuma tulang kanda ni dah reput” sambil memusing-musingkan pergelangan tangannya.. kriakk.. kriuk.. kriakk.. kriuk.. ekeke…
Berjalan juga dapat mengimbangkan kestabilan tubuh terutama pada golongan warga emas. Tapi tak kan nak tunggu jadi warga emas baru nak mula kan?Itupun kalau sempat.
Tapi saya memang tak de masa langsunglah nak berjalan ni.. bangun pagi dah kul 6.. then siap kan anak laki pergi kerja.. balik opis sampai rumah je pukul 6 petang.. then nak masak.. basuh baju.. pung.. pang.. pung.. pang…
Ok-ok… ni aku ada tips sikit macam mana nak ‘paksa’ korang supaya berjalan kaki. Bukan paksa sangat la.. tapi paksaan yang positif.. ala-ala paksaan yang kena redha… hehe.. Sebenarnya kan.. kita boleh nak dapatkan exercise berjalan walaupun dalam rutin harian kita. Cuma kita sendiri yang nak ke tak nak je. Kalau tak dapat 10,000 langkah.. dapat 2000 ke 3000 pun ok la kan?
Korang boleh try tips ni..
1. Parking kereta jauh-jauh
Inilah cara paksaan paling berkesan. Tapi mestilah dalam keadaan yang redha yek! Redha ye bukan pasrah.. haha.. Kalau pergi mana-mana.. pergi kerja ke.. shopping complek ke.. korang parking lah jauh-jauh. Cuba park kereta 5 km daripada tempat tujuan.. Haa.. kan free-free dah dapat 6000 langkah! Kang balik lagi 5 km.. dah cukup dah 12000 langkah. Apa macam? Ada berani? Tapi aku tahu.. kalau lah boleh parking kereta depan pintu opis or complex kan.. mahunya korang confirm park kat situ lah kan? ahaksss…
2. Buat-buat tak nampak dengan Lif ataupun Escalator.
Jangan berkawan akrab dengan lif atau escalator. Takpun korang anggap atau bayangkan lah lif dan escalator tu rosak ke.. atau anggaplah si tangga sentiasa merindui kita setiap hari di office atau di rumah.. hehe.. Ini tidak.. bila escalator rosak je start membebel.. itu baru yang turun rosak.. kalau yang naiknya rosak.. mahunya membebel sampai ke rumah! hahaha..
3. Ziarah menziarahi rakan sekerja.
Kalau berurusan kat tempat kerja tu kan, ringan-ringankan lah montot jumpa dengan staf atau kawan-kawan satu opis tu. Jangan dok terperap dalam bilik atau cubicle jek. Kalau nak tanya papa.. tak payah guna telefon. Bangun.. angkat kaki.. then jalan! Ha.. topap pun jimat, bil telefon opis pun jimat.. dan secara tak langsung pun dapat exercise sambil bergerak. Eh.. senang rupanya kan? Kenapa tak perasan pun sebelum ni? haha..
4. Sorokkan remote Control TV / Astro.
Ni tips kalau kat rumah. Cuba amalkan waktu korang sedang menonton TV kat rumah tu. Andai kata kalau nak tukar channel, sila maju 4 langkah kedepan. Kalau sekali tukar channel dah ada 6 langkah. Cuba kalau 150 kali tukar channel? 1000 langkah!! wow.. brilliantnya idea!! betul tak? haha.. Tapi ape kejadahnya sampai 150 kali tukar channel?? Erghh…
5. Menjadi penanggah kenduri yang berdedikasi
Serius.. Kalau jadi tuan rumah untuk majlis kenduri especially kenduri kahwin, memang la tak sempat nak duduk. Apetah lagi kalau dah disponsor baju seragam batik Terengganu kan? Tambahan lagi telah disematkan bunga not lima ringgit di baju.. hehe.. Tak kan nak duduk goyang kaki pulak kan? kantoilah nanti. May be kalau bergerak and berjalan dari pagi sampai lah ke petang dok ke hulu ke hilir melayan tetamu, topap lauk, hantar hadiah masuk, tolong anak carik ibunya yang hilang dan macam macam lagilah.. mau beribu ribu langkah jugak kan!! Wow!!!
6. Basuh kereta.
Eh.. acara basuh kereta pun satu exercise menapak dan bergerak.. dan bergoyang.. yang bagus rupanya secara tak sedar kan? Kalau rasa badan belum kuar peluh basuh kereta sendiri tu.. try tanya atau offer kereta jiran-jiran sebelah tu ha.. Pasangkan niat dalam hati tu redha dan untuk exercise menyihatkan badan! Wink!
7. Hiking dan bersahabat dengan alam.
Memang menarik, sambil berjalan.. sambil melihat, bersahabat dan bertegur sapa dengan alam.. pokok-pokok.. kayu-kayu.. daun-daun.. jambatan.. batu.. semua lah. Tapi tak semua orang mampu kan? Aku? Lagilah tak mampu mak nak… Inilah kegilaan Laling zaman dolu-dolu aka zaman muda-mudi dia. Nasib baik lah sekarang ni dah pencen. Kalau tak.. mahu aku dengan Danish di angkutnya pegi hiking. Ni part of geng-geng gunung Tee Gee Laling aku ni.Dapat 5 orang je masa ni pon jadik??.
8. Beriadah bersama keluarga.
Cuba cari tempat yang luas dan jauh untuk berjalan. Ala-ala flat tracking lah. Macam Zoo ke.. Taman Tasik ke.. Lagi bagus kalau yang ada checkpoint. So.. mentality kita akan set berjalan secara santai stage by stage.. tak lah terasa jauh dan penat. Kalau penat pun boleh singgah kat checkpoint tu rehat-rehat.. minum-minum.. ye dok?
Atau.. kalau nak gaya bebas yang lebih dramatik, pada sesiapa yang ada anak-anak hyperaktif tu.. bolehlah suruh diorang jalan depan. Diorang kan jalan laju ala-ala lari anak cam tu kan.. Nanti korang follow lah cucuk angin dari belakang. Sure korang kena fokus kat dia dan automatik akan ikut kelajuan dia kan? Sebab kalau korang curi tulang atau leka karang.. ntah ke mana-mana pulak anak korang tu pergi.. hehe.. Ni selalu lah aku praktik kan.. Wink!
Uh.. rasa macam dah berjela tips aku bagi ni ha.. Ok lah.. yang terakhir. Last but not least..
9. Shopping!!! lalalala…
Untuk pengetahuan cik-cik dan puan-puan, kaedah berjalan kaki ketika shopping atau window shopping ni memang seperti ubat bius di kaki bagi yang bershopping. Kadang kadang tak perasan kita dah berjalan terpusing-pusing dah dekat 10km. Tapi masih tak terasa penat atau lenguh kan? Shopping punya pasal.. ekekeke.. Tapi tak dinafikan lenguh nya terasa giler bila dah bayar parking kereta then dah duduk dalam kereta sambil belek-belek wallet tengok duit dah lesap gara-gara terlebih shopping.. wakakaka…
Rujukan Fakta : Gaya Hidup Sihat
Jiwa Spammer- Osem Member
- Posts : 247
Treasure : 288
Reputation : 9
Join date : 31/05/2012
Location : Bumi Tuhan
Re: Tips Kesihatan Untuk Yang Malas Bersenam
tahnks for sharing
Mavis Vermillion- Moderator
- Posts : 235
Treasure : 293
Reputation : 48
Join date : 03/06/2012
Location : Kuala Lumpur
Re: Tips Kesihatan Untuk Yang Malas Bersenam
Sama-sama lah kita amalkan
Jiwa Spammer- Osem Member
- Posts : 247
Treasure : 288
Reputation : 9
Join date : 31/05/2012
Location : Bumi Tuhan
Re: Tips Kesihatan Untuk Yang Malas Bersenam
4.8 KM kita jalan baru hilangkan sekeping roti canai ?
aku makan roti canai slalu xpernah jalan 4.8 KM
aku makan roti canai slalu xpernah jalan 4.8 KM
Mavis Vermillion- Moderator
- Posts : 235
Treasure : 293
Reputation : 48
Join date : 03/06/2012
Location : Kuala Lumpur
Similar topics
» Tips Kesihatan-Rawatan Alternatif No: 1 di Malaysia
» Komen yang tak terucap untuk Status di Facebook
» Soalan tentang pregnant yang fail
» Bahasa Status Facebook yang Patut Diberi Lempang
» Lagu untuk ketenagan
» Komen yang tak terucap untuk Status di Facebook
» Soalan tentang pregnant yang fail
» Bahasa Status Facebook yang Patut Diberi Lempang
» Lagu untuk ketenagan
Osem.forumms.net :: Tips :: Kesihatan
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Mon Jul 25, 2016 10:46 am by bayu_inzaghi
» Trumbo (2015)
Fri Jul 15, 2016 7:12 am by bayu_inzaghi
» Solace (2015)
Thu Jul 14, 2016 10:36 am by bayu_inzaghi
» Courage (2015)
Tue Jul 12, 2016 7:50 pm by bayu_inzaghi
» Ronaldo (2015)
Mon Jul 11, 2016 7:22 am by bayu_inzaghi
» The Witch (2015)
Sat Jul 09, 2016 10:20 pm by bayu_inzaghi
» Jeruzalem (2015)
Sat Jul 09, 2016 12:37 am by bayu_inzaghi
» Intruders (2015)
Fri Jul 08, 2016 12:40 am by bayu_inzaghi
» Moonwalkers (2015)
Thu Jul 07, 2016 11:03 am by bayu_inzaghi