Osem.forumms.net
Selamat datang ke
Osem Forum Komuniti!

Sila klik Login untuk masuk atau
klik Register untuk pendaftaran baru.
Latest topics
» New Release (Daily Update)
Mon Jul 25, 2016 10:46 am by bayu_inzaghi

» Trumbo (2015)
Fri Jul 15, 2016 7:12 am by bayu_inzaghi

» Solace (2015)
Thu Jul 14, 2016 10:36 am by bayu_inzaghi

» Courage (2015)
Tue Jul 12, 2016 7:50 pm by bayu_inzaghi

» Ronaldo (2015)
Mon Jul 11, 2016 7:22 am by bayu_inzaghi

» The Witch (2015)
Sat Jul 09, 2016 10:20 pm by bayu_inzaghi

» Jeruzalem (2015)
Sat Jul 09, 2016 12:37 am by bayu_inzaghi

» Intruders (2015)
Fri Jul 08, 2016 12:40 am by bayu_inzaghi

» Moonwalkers (2015)
Thu Jul 07, 2016 11:03 am by bayu_inzaghi

February 2018
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728    

Calendar Calendar


SEANET Ke-40: Peminat radio amatur diminta daftar awal

Go down

SEANET Ke-40: Peminat radio amatur diminta daftar awal

Post by mezzo on Mon Jun 04, 2012 10:17 am

KUALA LUMPUR 4 Jun - Para peminat radio amatur yang ingin menyertai Konvensyen Jaringan Radio Amatur Asia Tenggara (SEANET) Ke-40 dijemput untuk mendaftarkan diri lebih awal sebelum permulaan program November ini.

Pengarah projek SEANET Ke-40, Sharizad Husin berkata, ini bagi membolehkan urusetia menyediakan keperluan khusus untuk para peserta yang dijangka dihadiri oleh peminat radio amatur seluruh Asia Tenggara.

Malah kata Sharizad, sehingga kini, peminat radio amatur dari Jepun, Australia, India dan Amerika Syarikat sudah mengesahkan kehadiran ke Konvensyen SEANET Ke-40 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 November akan datang.

“Sehingga kini 10 pengesahan sudah kami terima daripada peminat radio amatur luar Asia Tenggara dan untuk itu kami ingin memaklumkan agar peminat radio amatur tempatan turut mengambil peluang untuk mendaftarkan diri lebih awal," katanya.

Selain itu tambah Sharizad, penganjur juga turut mengadakan Pertandingan SEANET Ke-40 yang memberi peluang kepada peminat radio amatur dan juga pendengar gelombang pendek (SWL) menyertainya bermula Sabtu hingga Ahad lepas.

Pertandingan yang diadakan melalui jalur 80, 40, 20, 15 dan 10 meter selain CW, SSB dan RTTY itu memberi peluang kepada peminat radio amatur berinteraksi dan bersaing dengan peminat radio amatur di seluruh dunia.

“Konvensyen SEANET Ke-40 yang dianjurkan oleh Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (Mares) adalah juga bersempena ulang tahun penubuhan 10 tahun Mares," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.2012sea.net untuk memuat turun borang pendaftaran.
avatar
mezzo
Limited Osem Member
Limited Osem Member

Posts : 66
Treasure : 102
Reputation : 10
Join date : 03/06/2012
Location : Kyiv, Ukraine

View user profile

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum