Maksud Sebenar Di Sebalik Lagu Sudah Cukup Sudah
5 posters
Page 1 of 1
Maksud Sebenar Di Sebalik Lagu Sudah Cukup Sudah
Nirwana Band yang popular di Malaysia dengan lagu Sudah Cukup Sudah memberitahu lagu itu dihasilkan bagi mengingati sahabat mereka yang mati akibat bunuh diri dalam kejadian beberapa tahun lalu.
Vokalis kumpulan tersebut, Denis berkata, sahabat mereka amat kecewa apabila kekasihnya berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara.
“Sahabat kami ini baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku curang.
“Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan “sudah cukup sudah..biarlah aku pergi saja,” membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya itu,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui sini, baru-baru ini.
Jelas Denis lagi, tidak lama kemudian, mereka mendapat berita lelaki berkenaan ditemui mati akibat membunuh diri sehinggalah mereka mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan.
Katanya, ketika merakamkan lagu tersebut, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa tersebut yang berlaku akibat masalah putus cinta.
“Percaya atau tidak, saya menangis semasa merakamkan lagu itu. Saya benar-benar tak sangka sahabat saya mati akibat bunuh diri. Apabila saya mengilhamkan lagu berkenaan, saya benar-benar berharap contoh itu tidak dikuti oleh semua peminat saya,” katanya.
Sementara itu ditanya mengenai kehidupan mereka sebelum bergelar artis Nirwana memberitahu mereka hidup melarat termasuklah terpaksa tidur di bawah jambatan di negara ini.
Mereka juga pernah makanan nasi berkongsi lima kerana tiada sumber pendapatan lain akibat kesempitan hidup.
“Kami hidup melarat, tidur di bawah jambatan dan juga di tepi kaki lima jalan. Tapi itu semua pengalaman berguna untuk kami iaitu bukan mudah untuk menjadi seorang ahli muzik yang berjaya sebenarnya.
“Kami amat bersyukur kerana single pertama kami menjadi popular di Malaysia dan memasuki carta kebanyakan stesen radio disana,” katanya.
Selain Denis, Nirwana dianggotai oleh Henry (pemain dram), Arief (keyboard), Avew (gitar) dan Ekek (gitar utama).
Kumpulan berkenaan berasa dari Subang, Jawa Barat dekat sini dan merupakan kumpulan muzik yang sedang mencipta populariti di Malaysia. -mstar
Jiwa Spammer- Osem Member
- Posts : 247
Treasure : 288
Reputation : 9
Join date : 31/05/2012
Location : Bumi Tuhan
Re: Maksud Sebenar Di Sebalik Lagu Sudah Cukup Sudah
Tacing gilerr lagu ni
Jiwa Spammer- Osem Member
- Posts : 247
Treasure : 288
Reputation : 9
Join date : 31/05/2012
Location : Bumi Tuhan
Re: Maksud Sebenar Di Sebalik Lagu Sudah Cukup Sudah
best jugak kot lagu nie ~
Mavis Vermillion- Moderator
- Posts : 235
Treasure : 293
Reputation : 48
Join date : 03/06/2012
Location : Kuala Lumpur
mezzo- Limited Osem Member
- Posts : 66
Treasure : 102
Reputation : 10
Join date : 03/06/2012
Location : Kyiv, Ukraine
Re: Maksud Sebenar Di Sebalik Lagu Sudah Cukup Sudah
lagu sedih ni
CallMeFir- Limited Osem Member
- Posts : 11
Treasure : 13
Reputation : 2
Birthday : 08/02/1991
Join date : 05/06/2012
Age : 33
Location : Pulau Pinang
Re: Maksud Sebenar Di Sebalik Lagu Sudah Cukup Sudah
CallMeFir wrote:lagu sedih ni
sedih sangat
Mavis Vermillion- Moderator
- Posts : 235
Treasure : 293
Reputation : 48
Join date : 03/06/2012
Location : Kuala Lumpur
Re: Maksud Sebenar Di Sebalik Lagu Sudah Cukup Sudah
Actually i never listen to this song..but..it seems very nice..
p/s: jangan bunuh diri..satu dosa besar..
p/s: jangan bunuh diri..satu dosa besar..
Re: Maksud Sebenar Di Sebalik Lagu Sudah Cukup Sudah
Julianna_Ira wrote:Actually i never listen to this song..but..it seems very nice..
p/s: jangan bunuh diri..satu dosa besar..
betul tu betul
Jiwa Spammer- Osem Member
- Posts : 247
Treasure : 288
Reputation : 9
Join date : 31/05/2012
Location : Bumi Tuhan
Re: Maksud Sebenar Di Sebalik Lagu Sudah Cukup Sudah
aa betul tu ira
Mavis Vermillion- Moderator
- Posts : 235
Treasure : 293
Reputation : 48
Join date : 03/06/2012
Location : Kuala Lumpur
Re: Maksud Sebenar Di Sebalik Lagu Sudah Cukup Sudah
Mavis Vermillion wrote:aa betul tu ira
nice song
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Mon Jul 25, 2016 10:46 am by bayu_inzaghi
» Trumbo (2015)
Fri Jul 15, 2016 7:12 am by bayu_inzaghi
» Solace (2015)
Thu Jul 14, 2016 10:36 am by bayu_inzaghi
» Courage (2015)
Tue Jul 12, 2016 7:50 pm by bayu_inzaghi
» Ronaldo (2015)
Mon Jul 11, 2016 7:22 am by bayu_inzaghi
» The Witch (2015)
Sat Jul 09, 2016 10:20 pm by bayu_inzaghi
» Jeruzalem (2015)
Sat Jul 09, 2016 12:37 am by bayu_inzaghi
» Intruders (2015)
Fri Jul 08, 2016 12:40 am by bayu_inzaghi
» Moonwalkers (2015)
Thu Jul 07, 2016 11:03 am by bayu_inzaghi