Osem.forumms.net
Selamat datang ke
Osem Forum Komuniti!

Sila klik Login untuk masuk atau
klik Register untuk pendaftaran baru.


Join the forum, it's quick and easy

Osem.forumms.net
Selamat datang ke
Osem Forum Komuniti!

Sila klik Login untuk masuk atau
klik Register untuk pendaftaran baru.
Osem.forumms.net
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Latest topics
» New Release (Daily Update)
Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir EmptyMon Jul 25, 2016 10:46 am by bayu_inzaghi

» Trumbo (2015)
Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir EmptyFri Jul 15, 2016 7:12 am by bayu_inzaghi

» Solace (2015)
Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir EmptyThu Jul 14, 2016 10:36 am by bayu_inzaghi

» Courage (2015)
Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir EmptyTue Jul 12, 2016 7:50 pm by bayu_inzaghi

» Ronaldo (2015)
Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir EmptyMon Jul 11, 2016 7:22 am by bayu_inzaghi

» The Witch (2015)
Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir EmptySat Jul 09, 2016 10:20 pm by bayu_inzaghi

» Jeruzalem (2015)
Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir EmptySat Jul 09, 2016 12:37 am by bayu_inzaghi

» Intruders (2015)
Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir EmptyFri Jul 08, 2016 12:40 am by bayu_inzaghi

» Moonwalkers (2015)
Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir EmptyThu Jul 07, 2016 11:03 am by bayu_inzaghi

March 2024
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Calendar Calendar


Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir

Go down

Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir Empty Pelancong Malaysia, suami ditahan petani di Mesir

Post by mezzo Mon Jun 04, 2012 10:16 am

KUALA LUMPUR 4 Jun - Seorang wanita Malaysia yang sedang bercuti di Mesir bersama suaminya warga Australia dan beberapa pelancong lain dipercayai ditahan oleh sekumpulan orang yang dikatakan petani namun kemudiannya dibebaskan.

Insiden dikatakan berlaku ketika mereka sedang melawat tapak pelancongan Abu Simbel di selatan Mesir.

Seorang daripada rakan Norbazrina Yazid Gilliland di New York memaklumkan kepada Bernama mengenai insiden itu selepas membaca catatan terkini eksekutif pengurusan itu dalam akaun Facebooknya.

Usaha Bernama untuk menghubungi kedutaan Malaysia di Kaherah bagaimanapun gagal.

Adik perempuan Norbazrina, Norzalekha Yazid, ketika dihubungi di sini malam ini berkata, lawatan ke Mesir itu untuk meraikan ulang tahun ke-10 pasangan berkenaan.

Norzalekha berkata, keluarganya dihubungi oleh seorang pegawai kedutaan kira-kira 9 malam ini, yang memaklumkan kepada mereka bahawa semua orang yang ditahan itu telahpun dibebaskan.

Usahanya untuk menghubungi Norbazrina atau Rina, 33, tidak membuahkan hasil, namun siswazah komunikasi massa dari Universiti Teknologi Mara itu berjaya menghantar khidmat pesanan ringkas kepada ibunya kira-kira 6.14 petang dengan mesej, “Doakan supaya kami keluar dengan selamat."

Norzalekha berkata, keluarganya berasa lega selepas mendapat panggilan telefon daripada pegawai di kedutaan Malaysia itu.

"Bagaimanapun kami masih bimbangkan keadaan dirinya kerana kami masih belum dapat berhubung dengannya," katanya.

Dalam Facebooknya itu, Rina menulis bahawa sekumpulan pelancong “ditahan sebagai tebusan oleh petani Mesir sejak empat jam lepas" dan “tentera sedang berunding dengan mereka". "Kami okay, hanya panas dan runsing," tulis beliau.

Rina kemudian mengemas kini catatannya itu, dengan berkata: “kami cuba melarikan diri tetapi polis memberitahu kami supaya tidak berbuat demikian" dan “dua kumpulan dapat melarikan diri sebelum kami namun kami telah ditahan".

Beliau turut berkata, kumpulannya mengandungi 11 orang dan mereka berusaha untuk mendapatkan makanan.

"Tiada senjata api tetapi petani ini nampaknya tidak gembira tentang sesuatu dan kami pula kebetulannya berada di sini," tulis beliau.
mezzo
mezzo
Limited Osem Member
Limited Osem Member

Posts : 66
Treasure : 102
Reputation : 10
Join date : 03/06/2012
Location : Kyiv, Ukraine

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum